Home » » Kini tiba Tahun 2020 - Realiti Vs Fantasi

Kini tiba Tahun 2020 - Realiti Vs Fantasi


Kenang semula imaginasi Wawasan 2020. Gambaran wawasan 2020 pada tahun 1991 : Kenderaan persendiriaan seperti kereta dan motosikal Terbang ke udara secara bebas. Negara Malaysia akan jadi negera maju seiring dengan negara maju lain. Di imbau kembali imaginasi mama sewaktu di sekolah rendah betapa hebatnya tahun 2020. 


"Masa kecik dulu semua tunggu tahun 2020 .

Last2 sampi tahun 2020 semua kena duduk rumah" 😂 ""
Coretan dari saudari Anis Syuhada

#PKP
#Covid 19
#Stayathome
#kitajagakita


Saya tertarik dengan coretan seorang penulis disini http://www.coretananuar.com .Penulis ni mengambarkan situasi pandangan awal tentang tahun 2020. Realitinya kini tahun 2020 satu dunia dilanda wabak virus covid 19 yang sangat merbahaya. Kini Perintah Kawalan Pergerakan fasa ke 4. Sudah sebulan semua dikerah untuk tidak keluar rumah bagi memutuskan rangkaan virus ini. Sekolah,tadika dan taska ditutup, Pejabat dan kedai di tutup. sebahagiaan industri sahaja dibenarkan buka beroperasi. Semua harus berkerja dari rumah. Anak anak harus belajar secara atas talian dari rumah.

Pandangan awal (Fantasi) zaman 90an:

"Masih ingat lagi antara perkara yang menarik turut diperkatakan pada ketika itu... Tentang komputer...
Semasa tahun 2020 nanti, kononnya setiap pelajar akan belajar dengan menggunakan komputer di bilik darjah... Setiap pelajar ada sebuah komputer.

Realiti :

Ini adalah benar! Tahun ini tahun 2020, anak anak harus menggunakan komputer riba atau tablet atau smart phone untuk belajar di rumah. Guru guru di sekolah memberikan latihan kerja rumah melalui google Classroom. Anak anak harus membuat latihan, dan hantar latihan secara online menggunakan apps tersebut. Guru tidak mengajar lagi di sekolah, makanya ibubapa lah yang akan menjadi pengganti guru di rumah bagi memasti anak anak belajar dan lengkap latihannya.

Manakala untuk tuisyen kakak pula guru menggunakan cara "online meeting" dari apps yang sesuai. Guru guru akan nampak anak murid. Begitu sebaliknya. Kelas berjalan sama seperti belajar di dalam kelas di sekolah. Ada guru tuisyen menggunakan medium telegram. Guru akan menggunakan video untuk mengajar dan di buka pada sebarang soalan kepada semua pelajar bagi sesi yang telah ditetapkan. Anak anak boleh tanya guru tuisyen apa sahaja soalan pelajaran yang tak difahami.

Saya lebih suka kaeadah kedua ini. Namun tak semua ibubapa mampu menyediakan gadjet -gadjet ini untuk anak anak belajar secara online untuk setiap anak. Paling best belajar mengaji pun secara online. Kita baca di rumah, ustaz atau ustazah semak dari rumahnya menggunakan aplikasi zoom. kelas kelas memasak  PERCUMA juga mama join menggunakan aplikasi ini.  kalau dulu saya terbatas untuk keluar belajar mengaji kerana anak anak masih kecil kini, kini berpeluang untuk belajar dari rumah juga! 😊 Persoalannya adakah masa kelas ngaji online tu masa yang sesuai untuk mak mak duduk dan mengadap.?


"Jika disebelah pagi memang tak dapat nak nolong" Tiada istilah pagi bangun lambat. Hakikatnya pagilah paling sibuk uruskan segala hal anak anak, memasak dan urusan rumahtangga.

"Lepas PKP ni memang akan lain macam, segala benda nak ada "E" kat depan..
E-Learning, E-Dagang, E-Usahawan, E-Klinik.. Semuanya pada platform internet.. Dulu maybe gimik.. Sekarang, betul-betul kena aplikasikan.
Jadi makin penting laa skill-skill teknologi internet dan multimedia.. Seperti yang saya jangkakan bertahun dahulu.. Sebab itu saya buat beratus video tutorial free dulu..
Akan menjadi kewajipan untuk tahu tentang hasilkan grafik, website, video dll jika mahu survive zaman "E" ni.. Perkongsiaan Pandangan saudara Wan Syafiq Wan Zahidi









Di musim #PKP ni saya terus membuat kerja dari rumah iaitu service takaful kereta. Perlepasan pembaharuaan roadtax sepanjang PKP. Tidak perlu membuat penambahan insurans selepas PKP tamat. Roadtax akan dikira tarikh "backdated"


Dapatkan Quotation Etiqa takaful disini 


Dapatkan Quotation dari Takaful Ikhlas disini


0 comments:

Post a comment

Popular Posts