Home » , , , , , , , » Stimulasi bayi di dalam kandungan dan teknik selepas hamil

Stimulasi bayi di dalam kandungan dan teknik selepas hamil



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sewaktu saya mengandung anak pertama dan kedua saya tidak pernah '"stimulate" bayi saya. Saya tahu bagus untuk bersembang-sembang dengan bayi semasa hamil sewaktu mengandung anak pertama namun saya rasa seperti kelakar, segan dan kekok untuk bercakap seorang diri. Setelah mengandung anak kedua pula masa saya terlalu sibuk bersama anak sulung yang sedang lasak dan membesar juga sibuk selesaikan urusan seharian. Saya baru tahu rupa-rupanya aktiviti dengan anak boleh dimulakan seawal di dalam kandungan!



Saya terbuka hati untuk mendekati  " Al Baghdadi Prenatal Education Program'ssewaktu berjalan-jalan di ekspo pendidikan bayi dan kanak-kanak di SACC ( micf 2014 ) yang lepas. Ia sangat menarik! Kami di ajar cara untuk berkomunikasi dengan bayi dari kandungan dari seawal usia kandungan 12 minggu. Cara- cara stimulasi dan kaedah bercakap dengan bayi juga di ajar. Rupa-rupanya cara komunikasi dan mengajar anak dalam kandungan menggunakan kaedah imaginasi, suara dan urutan di perut. Paling terharu apabila kita berkomunikasi dengan bayi sambil mengusap bahagian benjolan perut "baby, mama baru ajar baby xxxxxx, jika baby faham cuba tendang sekali." Subhanallah Bayi tendang kawasan perut yang kita usap tadi." ^_^ 

Dari kelas ini saya mula yakin dan faham cara untuk beraktiviti dengan bayi seawal dari dalam kandungan. Kaedah yang dipelajari dari  "Al Baghdadi Prenatal Education Program's " boleh digunakan untuk mengajar bayi sebarang topik. Alhamdulillah sempat juga saya pelajari ilmu baru untuk kandungan ketiga. Kali ini terasa kemeriahannya apabila anak-anak sudah besar dan mereka juga boleh sama-sama berkomunikasi bersama dengan bayi di dalam kandungan. 


Saya mula mencari bahan bacaan untuk Merangsang Otak Bayi Semasa Kehamilan. Hari ini saya ingin berkongsi web menarik untuk kawan-kawan semua.
Menerusi website ini, penulis akan bongkarkan tips & teknik, Bagaimana kita boleh mendidik & mengajar anak kita supaya pandai membaca, sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat mereka pandai membaca, maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar. E-book rahsia anak pintar dan pandai membaca ini sesuai dibaca oleh ibu yang sedang hamil juga kepada ibu yang memiliki anak di bawah umur 5 tahun. 

Isi Kandungan e-book rahsia anak pintar dan pandai membaca ini :
Pendahuluan  
Bab 1 : 10 Teknik Merangsang Otak Bayi Semasa Kehamilan 
Bab 2 : 5 Rahsia Kenapa Yahudi Bijak 
Bab 3 : Teknik Selepas Hamil 
  Umur Baru Lahir Hingga 7 Bulan 20 
  Umur Antara 7 Bulan Sehingga 1 Tahun 23 
  Umur Antara 1 Tahun Sehingga 3 Tahun 28 
  Umur Antara 3 Tahun Sehingga 5 Tahun 
Bab 4 : Panduan Pemakanan Berkhasiat  
Bab 5 : Teknik Ajar Anak Membaca 

Sharing is caring. 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts