Home » , » Aktiviti Projek Kek Batik

Aktiviti Projek Kek Batik


Aktiviti semalam bersama anak-anak adalah memasak kek batik apabila Mawaddah "request" untuk makan Kek Batik.
Sudah tentunya sebelum memulakan aktiviti dengan anak-anak , bahan-bahan perlu dibeli dahulu. Suami pun pergilah membeli barangan yang diperlukan. Bahan yang diperlukan adalah
·        biskut Merry 1 packet,
·        1 buku butter cup 225ml,
·        2 cawan milo  atau pun holicks  coklat  
·         susu pekat 1 tin,
·        telur 2 biji 

Mula-mula Mawaddah dan Marwan patah-patahkan biskut Merry. Kemudian cairkan butter cup di atas kuali dengan kadar api yang kecil. Masukkan susu pekat gaulkan sehingga sebati diikuti dengan milo dan telur. Selepas kesemua bahan sebati masukkan biskut merry yang sudah di patah-patahkan tadi..

Resipi Original kek batik tiada telur. Menarik juga masukkan telur 2 biji sahaja ke dalam resepi. Kesannya kek batik tidak keras sangat seperti biskut dan tidak lembut sangat seperti yang biasa dijual di pasaran.

Kali ini sengaja mencuba menggunakan Horlicks coklat dan tidak mengunakan Milo. Kesannya ,masa mengacau coklat di atas api sangat cepat sebati dan sangat mudah likat dan cepat siap. Masukkan di peti ais bawah je. Tunggu 3 jam dan sudah boleh dipotong.

Tips dari youtube kek batik versi mat saleh : Letakkan plastik di bekas loyang untuk memudahkan kita mengeluarkan semua kek serentak di pinggan dan boleh dipotong seperti kek biasa dan membasuh bekas pun senang. ^_^


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts