Siri Bacalah Anakku adalah pilihan pertama saya untuk mulakan untuk mengajar "anak
membaca". Setiap set ada 8 buku dan mempunyai flash card ( kad imbas). Selama ini saya
hanya menggunting dan menyimpannya di dalam bekas plastik. Tidak mengunakan sepenuhnya flash
card ini mungkin kerana tidak pernah
pergi kursusnya. Hanya mengunakan buku sahaja untuk mengajar anak membaca. Tidak lama lagi akan sertai
kursus membaca di perpustakaan Shah Alam, boleh manfaatkan cara guna
sepenuhnya flash card ini. 

Semalam saya mendapat idea baru untuk mengajar ANAK MEMBACA. Ada album lama yang kononnya dibeli untuk menyimpan gambar-gambar
anak-anak sudah bertahun- tahun disimpan di dalam alamari. Zaman sekarang sudah tidak
seperti dahulu. Kita tidak terasa untuk print gambar-gambar walaupun
sudah lama simpan niat mahu print.
Akhirnya, saya letakkan satu- satu flash card bacalah anakku dalam
bentuk suku kata dan tinggalkan huruf biasa dalam bekas plastik asal.
Saya susun tidak mengikut susunan huruf agar anak membaca dan
mengenal suku kata dengan betul. Bukan sekadar menghafal tulisan di buku!
Hasilnya: anak suka juga cara ini.

0 comments:
Post a comment