Home » , » Aktiviti mengajar anak membaca suku kata ( Konsep Gabungan Bunyi)

Aktiviti mengajar anak membaca suku kata ( Konsep Gabungan Bunyi)

Aktiviti Gabungan bunyi. 

Sudah seminggu masuk keluar flash card nak ajar marwan membaca. Cuba dedah buku bacalah anakku untuk ajar "anak membaca", dia pandang dua minit selepas itu dia lari bermain. Akhirnya marwan mahu belajar guna kaedah bacalahanakku puan Nik ajarkan di dalam CD cabutan bertuah yang saya dapat dari seminar bacalah anakku sebelum ini. Marwan suka menghafal bila ditunjukkan terus buku. Hafal bunyi kurang bagus didalam kaedah mengajar membaca seperti  "ba , bi, bu" , "ca, ci, cu" .

Cepat memang cepat tetapi saya mahu dia faham konsep gabungan bunyi. Itu lah namanya sistem fonik yang juga boleh dipraktikan untuk membaca buku read eazy. Bila sudah faham gabungan bunyi anak boleh baca suku kata 2 huruf, 3 huruf dan 4 huruf.


Saya guna flash card bacalah anakku dan flash card sekolah mawaddah di little caliph dulu.



Marwan nampaknya suka aksi bercerita "c" mahu berkawan dengan "a". "c" berjalan sambil menyanyi "ceh, ceh, ceh " A datang juga sambil menyanyi " aaa, aaa, aaa". Setelah berkawan, rapatkan kad huruf  "c" dan "a" , mereka menyanyi bersama-sama "ca,ca,ca"  seperti ini. 




Menyebut tentang ajar anak membaca saya tertarik dengan satu website ini. Penulis akan bongkarkan tips & teknik, bagaimana anda boleh mendidik & mengajar anak anda supaya pandai membaca, sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat anak pandai membaca, maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar.
Sharing is caring. 

1 comments:


  1. If some one wishes to be updated with most recent technologies therefore he must be pay a visit this web site and be up to date all the time. capital one credit card login

    ReplyDelete

Popular Posts