Kini tiba Tahun 2020 - Realiti Vs Fantasi


Kenang semula imaginasi Wawasan 2020. Gambaran wawasan 2020 pada tahun 1991 : Kenderaan persendiriaan seperti kereta dan motosikal Terbang ke udara secara bebas. Negara Malaysia akan jadi negera maju seiring dengan negara maju lain. Di imbau kembali imaginasi mama sewaktu di sekolah rendah betapa hebatnya tahun 2020. 


"Masa kecik dulu semua tunggu tahun 2020 .

Last2 sampi tahun 2020 semua kena duduk rumah" 😂 ""
Coretan dari saudari Anis Syuhada

#PKP
#Covid 19
#Stayathome
#kitajagakita


Saya tertarik dengan coretan seorang penulis disini http://www.coretananuar.com .Penulis ni mengambarkan situasi pandangan awal tentang tahun 2020. Realitinya kini tahun 2020 satu dunia dilanda wabak virus covid 19 yang sangat merbahaya. Kini Perintah Kawalan Pergerakan fasa ke 4. Sudah sebulan semua dikerah untuk tidak keluar rumah bagi memutuskan rangkaan virus ini. Sekolah,tadika dan taska ditutup, Pejabat dan kedai di tutup. sebahagiaan industri sahaja dibenarkan buka beroperasi. Semua harus berkerja dari rumah. Anak anak harus belajar secara atas talian dari rumah.

Pandangan awal (Fantasi) zaman 90an:

"Masih ingat lagi antara perkara yang menarik turut diperkatakan pada ketika itu... Tentang komputer...
Semasa tahun 2020 nanti, kononnya setiap pelajar akan belajar dengan menggunakan komputer di bilik darjah... Setiap pelajar ada sebuah komputer.

Realiti :

Ini adalah benar! Tahun ini tahun 2020, anak anak harus menggunakan komputer riba atau tablet atau smart phone untuk belajar di rumah. Guru guru di sekolah memberikan latihan kerja rumah melalui google Classroom. Anak anak harus membuat latihan, dan hantar latihan secara online menggunakan apps tersebut. Guru tidak mengajar lagi di sekolah, makanya ibubapa lah yang akan menjadi pengganti guru di rumah bagi memasti anak anak belajar dan lengkap latihannya.

Manakala untuk tuisyen kakak pula guru menggunakan cara "online meeting" dari apps yang sesuai. Guru guru akan nampak anak murid. Begitu sebaliknya. Kelas berjalan sama seperti belajar di dalam kelas di sekolah. Ada guru tuisyen menggunakan medium telegram. Guru akan menggunakan video untuk mengajar dan di buka pada sebarang soalan kepada semua pelajar bagi sesi yang telah ditetapkan. Anak anak boleh tanya guru tuisyen apa sahaja soalan pelajaran yang tak difahami.

Saya lebih suka kaeadah kedua ini. Namun tak semua ibubapa mampu menyediakan gadjet -gadjet ini untuk anak anak belajar secara online untuk setiap anak. Paling best belajar mengaji pun secara online. Kita baca di rumah, ustaz atau ustazah semak dari rumahnya menggunakan aplikasi zoom. kelas kelas memasak  PERCUMA juga mama join menggunakan aplikasi ini.  kalau dulu saya terbatas untuk keluar belajar mengaji kerana anak anak masih kecil kini, kini berpeluang untuk belajar dari rumah juga! 😊 Persoalannya adakah masa kelas ngaji online tu masa yang sesuai untuk mak mak duduk dan mengadap.?


"Jika disebelah pagi memang tak dapat nak nolong" Tiada istilah pagi bangun lambat. Hakikatnya pagilah paling sibuk uruskan segala hal anak anak, memasak dan urusan rumahtangga.

"Lepas PKP ni memang akan lain macam, segala benda nak ada "E" kat depan..
E-Learning, E-Dagang, E-Usahawan, E-Klinik.. Semuanya pada platform internet.. Dulu maybe gimik.. Sekarang, betul-betul kena aplikasikan.
Jadi makin penting laa skill-skill teknologi internet dan multimedia.. Seperti yang saya jangkakan bertahun dahulu.. Sebab itu saya buat beratus video tutorial free dulu..
Akan menjadi kewajipan untuk tahu tentang hasilkan grafik, website, video dll jika mahu survive zaman "E" ni.. Perkongsiaan Pandangan saudara Wan Syafiq Wan Zahidi









Di musim #PKP ni saya terus membuat kerja dari rumah iaitu service takaful kereta. Perlepasan pembaharuaan roadtax sepanjang PKP. Tidak perlu membuat penambahan insurans selepas PKP tamat. Roadtax akan dikira tarikh "backdated"


Dapatkan Quotation Etiqa takaful disini 


Dapatkan Quotation dari Takaful Ikhlas disini


Aktiviti di Malaysia Islamic Children’s Fair (MICF2016)

MCIF 2016

Malaysia Islamic Children's Fair ( MCIF 2016)


Malaysia Islamic Children's Fair (MCIF2016) kali ini diadakan pada 2-4 Desember 2016 bertempat di Masjid Besi Putrajaya. Selain gerai jualan, terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsung MCIF ini. Diantara aktiviti cuti sekolah yang sempat kami sekeluarga sertai adalah :

Pelancaran Kit Seronoknya Membaca


Bersama Tuan Uneh

Diantara aktiviti didalam pelancaran ini adalah bengkel teknik berwarna oleh tuan UNEH , pertandingan mewarna dan pelancaran Kit Seronoknya Membaca oleh Puan Sarah Fauzi. Kit ini merupakan kit interaktif dan alat bantu mengajar yang menyokong anak- anak  berumur 2-7 tahun untuk belajar membaca.
Bersama di pentas Utama MCIF 2016

Teddy Bear Hospital


Booth ini dikendalikan oleh Islamic Medical Association of Malaysia Childs and Teens Super Team (IMACAT) . Anak-anak membawa bear dan soft toys untuk diperiksa . Program ini mendedahkan anak-anak prosedur kesihatan secara menyeronokkan dan didedahkan cara pemakanan yang sihat. Aktiviti adalah aktiviti percuma
Teddy Bear Hospital MCIF 2016

Bersama DIDI & FRIEND

Bersama DIDI

Program ini diadakan di pentas utama dimana watak-watak cerita Didi and Friend menari mengikut rentak lagu popular mereka dan juga berinteraksi dengan para peminat.


Workshop Robotik

UPSI Holding SDN BHD

Booth ini dikendalikan oleh UPSI . Anak anak didedahkan pemasangan robot yang menggunakan kuasa solar. Bayaran untuk setiap adalah sebanyak RM 2. Selepas pemasangan , robot diletakkan dibawah cahaya matahari untuk menguji operasi robot solar.
Pemasangan Robot

Aktiviti Lain

Memanah

Homemade Play dough
Diantara aktiviti lain yang sempat kami sertai adalah acara memanah dan juga bengkel membuat playdough sendiri. Alhamdulillah banyak aktivit yang dapat disertai sepanjang berada di MCIF 2016, Moga penganjuran Malaysia Children Islamic Fair lebih lancar dan sempurna di masa hadapan.Ringkasan video di MCIF 2016 adalah seperti berikut 



Malaysia Islamic Children's Fair (MCIF2016  )
mcif

Lawatan ke Taman Burung Kuala Lumpur ( Kuala Lumpur Bird Park ) 2016

Lawatan ke Taman Burung Kuala Lumpur


Kami sekeluarga berkesempatan untuk mengunjungi Taman Burung Kuala Lumpur ( KL Bird Park ) yang merupakan taman burung terbesar di Malaysia pada 25 November 2016 yang terletak di  , berhampiran dengan kawasan Masjid Negara Kuala Lumpur dan Planetarium Negara.Cara mudah untuk ke sana adalah dengan memandu dengan menggunakan WAZE atau google map.


Waktu Operasi dan Waktu Melawat

 Waktu melawat bagi Taman Burung Kuala Lumpur adalah dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang manakala harga tiket bagi pemegang MyKad adalah sebanyak RM 27 bagi dewasa dan RM 13 untuk kanak-kanak diantara 3- 11 tahun.
Di hadapan kaunter tiket

Aktiviti

Terdapat pelbagai burung yang dibiarkan hidup bebas dan sesetengahnya duduk didalam sangkar. Diantaranya adalah burung merak. Memang terdapat banyak burung merak yang dibiarkan bebas disini.Terdapat juga akitiviti memberi makanan oleh kakitangan Taman Burung Kuala Lumpur, aktiviti bergambar dengan burung , dan memberi minum burung kakak tua.Video dibawah ini adalah ringkasan aktiviti kami di Taman Burung Kuala Lumpur



Taman Burung Kuala Lumpur , KL bird Park




Pengambaran Program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk Slot Aktiviti Anak Anak Semasa Cuti Sekolah -Bermain Kinetic Sand


Pengambaran Program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk Slot Aktiviti Anak-Anak Semasa Cuti Sekolah -Bermain Kinetic Sand

Alhamdulillah pada 23 November lepas, saya dan anak-anak berkesempatan menyertai pengambaran bagi slot MHI TV3 bagi slot Aktiviti anak-anak Semasa Cuti Sekolah yang menampilkan aktiviti bermain kinetic sand. Pengambaran ini diadakan di kedai sahabat kami Puan Siti Sarah Mohd Fauzi  dari kedaiberjaya.com ditemuramah bagi slot ini.Ini merupakan pengalaman yang mengujakan anak-anak
Manakala tayangan disiarkan pada 25 November pada pukul 7 pagi. Dibawah ada gambar-gambar sekitar rakaman dan video rakaman program MHI tersebut.

Sekiranya berminat untuk membeli kinetic sand boleh whatapps saya di nombor 019-3115766

Temuramah dengan Puan Sarah

Antara anak-anak yang terlibat didalam pengambaran


Sesi pengambaran

Sesi Pengambaran



Video



Video sekitar Pengambaran


Siaran Malaysia Hari Ini



Siaran Malaysia Hari Ini



KINETIC SAND , MHI ,TV3 , AKTIVITI CUTI SEKOLAH , AKTIVITI ANAK

Senaman Pinguin - Aktiviti hujung minggu

Senaman Pinguin adalah Senaman menarik aktiviti bersama anak-anak kecil juga sesuai untuk senaman ibu hamil. Video ini bukan milik kami. Berkongsi untuk manfaat bersama. 





Klik video dibawah untuk aktiviti senaman.



Selamat bersenam! :)

16 kaedah dalam mendidik anak berbudi bahasa.

Adakah Anak Anda Sukar Untuk Mendengar Arahan Anda? Sering Mengusik Adik yang Lebih Kecil? Sentiasa Marah-Marah Apabila Bercakap? dan Terlampau-lampau Aktif?

Saya mengesyorkan ebook ini buat ibubapa yang sedang berhadapan dengan perubahan sikap anak seprti di atas. 3 - 5 tahun adalah tempoh kritikal untuk mengajar dan didik anak berbudi bahasa. Tempoh umur ini jugalah anak sedang berada di dalam zon perubahan tingkahlaku.

Penulis berkongsi 16 kaedah dalam mendidik anak berbudi bahasa. Saya sudah membacanya. Sangat menarik dan akan saya diamalkan untuk didik anak sendiri.

ISI KANDUNGAN

Bab 1 : Perkembangan Fizikal & Mental Anak-Anak
  • Prihatin Terhadap Perkembangan 6 Tahun Pertama Anak-Anak
  • Dendam Rohani
  • Cara Mendidik Anak Yang Baik
  • Memahami Perkembangan Fizikal Anak Anda
  • Perkembangan Dari Bayi Hinggalah Kepada Kanak-kanak
  • Ibu Bapa Perlu Memantau Perkembangan Anak
  • Panduan Serlahkan Potensi Si Kecil
Bab 2 : Panduan Membentuk Keperibadian Anak-Anak
  • Pemakanan
  • Ilmu & Pendidikan
  • Kesihatan
  • Keyakinan Diri Anak-anak
  • Kepercayaan Tunggak Utama
  • Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
  • Ibu Bapa Perlu Mendidik Anak Agar Berdisiplin, Berakhlak Mulia & Berbudi Bahasa
  • Mari Berkawan
  • Ibu Bapa Perlu Melatih Anak-Anak Sembahyang Dan Berpuasa
Bab 3 : Panduan Mengawal Tingkahlaku Anak-Anak
  • Kaedah Menangani Kenakalan Anak-anak
  • Panduan Mengawal Anak Yang Suka Marah-marah
  • Panduan Atasi Anak Aktif Yang Tidak Boleh Duduk Diam
  • Panduan Mengatasi Dua Beradik Yang Suka Bertengkar
  • Panduan Mengatasi Masalah Tidur Si Kecil
Bab 4 : Memberi Pendidikan Yang Sempurna Kepada Anak-Anak
  • Didikan Seawal Kandungan Ibu
  • Mengelak Gangguan Berlaku Bahasa Si Kecil
  • Merangsang Kemahiran Bahasa Si Kecil
  • Ibu Bapa Perlu Bijak Menarik Minat Anak Membaca
  • Bagaimana Ibu Bapa Dapat Mengekalkan Tumpuan Si Kecil Semasa Belajar.
  • Mengapa Pendidikan Seni Penting Untuk Anak-Anak
  • ICT Dalam Dunia Realiti Kanak-Kanak
  • Panduan Keselamatan Internet Bagi Kanak-kanak
Bab 5 : Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Anak-Anak
  • Tubuh Yang Sihat & Kuat Untuk Anak Aktif
  •  Petua Membentuk Anak Gembira Dan Sihat
  • Cara Menyelesaikan Masalah Anak-Anak Yang Cerewet Makan
  • Prihatin Kepada Makanan Yang Tidak Selamat
  • Panduan Membeli & Keselamatan Barang Mainan Si Kecil
  • Ubat!! Mama.. Adik Tak Nak!

Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria & Mendengar Kata. Insya Allah.
Sharing is caring.


Stimulasi bayi di dalam kandungan dan teknik selepas hamil



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sewaktu saya mengandung anak pertama dan kedua saya tidak pernah '"stimulate" bayi saya. Saya tahu bagus untuk bersembang-sembang dengan bayi semasa hamil sewaktu mengandung anak pertama namun saya rasa seperti kelakar, segan dan kekok untuk bercakap seorang diri. Setelah mengandung anak kedua pula masa saya terlalu sibuk bersama anak sulung yang sedang lasak dan membesar juga sibuk selesaikan urusan seharian. Saya baru tahu rupa-rupanya aktiviti dengan anak boleh dimulakan seawal di dalam kandungan!



Saya terbuka hati untuk mendekati  " Al Baghdadi Prenatal Education Program'ssewaktu berjalan-jalan di ekspo pendidikan bayi dan kanak-kanak di SACC ( micf 2014 ) yang lepas. Ia sangat menarik! Kami di ajar cara untuk berkomunikasi dengan bayi dari kandungan dari seawal usia kandungan 12 minggu. Cara- cara stimulasi dan kaedah bercakap dengan bayi juga di ajar. Rupa-rupanya cara komunikasi dan mengajar anak dalam kandungan menggunakan kaedah imaginasi, suara dan urutan di perut. Paling terharu apabila kita berkomunikasi dengan bayi sambil mengusap bahagian benjolan perut "baby, mama baru ajar baby xxxxxx, jika baby faham cuba tendang sekali." Subhanallah Bayi tendang kawasan perut yang kita usap tadi." ^_^ 

Dari kelas ini saya mula yakin dan faham cara untuk beraktiviti dengan bayi seawal dari dalam kandungan. Kaedah yang dipelajari dari  "Al Baghdadi Prenatal Education Program's " boleh digunakan untuk mengajar bayi sebarang topik. Alhamdulillah sempat juga saya pelajari ilmu baru untuk kandungan ketiga. Kali ini terasa kemeriahannya apabila anak-anak sudah besar dan mereka juga boleh sama-sama berkomunikasi bersama dengan bayi di dalam kandungan. 


Saya mula mencari bahan bacaan untuk Merangsang Otak Bayi Semasa Kehamilan. Hari ini saya ingin berkongsi web menarik untuk kawan-kawan semua.
Menerusi website ini, penulis akan bongkarkan tips & teknik, Bagaimana kita boleh mendidik & mengajar anak kita supaya pandai membaca, sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat mereka pandai membaca, maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar. E-book rahsia anak pintar dan pandai membaca ini sesuai dibaca oleh ibu yang sedang hamil juga kepada ibu yang memiliki anak di bawah umur 5 tahun. 

Isi Kandungan e-book rahsia anak pintar dan pandai membaca ini :
Pendahuluan  
Bab 1 : 10 Teknik Merangsang Otak Bayi Semasa Kehamilan 
Bab 2 : 5 Rahsia Kenapa Yahudi Bijak 
Bab 3 : Teknik Selepas Hamil 
  Umur Baru Lahir Hingga 7 Bulan 20 
  Umur Antara 7 Bulan Sehingga 1 Tahun 23 
  Umur Antara 1 Tahun Sehingga 3 Tahun 28 
  Umur Antara 3 Tahun Sehingga 5 Tahun 
Bab 4 : Panduan Pemakanan Berkhasiat  
Bab 5 : Teknik Ajar Anak Membaca 

Sharing is caring. 

Popular Posts